members

maulidur rasul

 


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini jatuh pada Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) . Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

Setiap tahun pada hari ini, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Dalam kita mengingati tarikh keputeraan Nabi Muhammad s.a.w setiap tahun, jangan dilupa juga pesanan terakhir Baginda yang disampaikan pada khutbah terakhirnya pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah :

  1. “Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. 
  2. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
  3. “Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

maaf la kalau agak panjang ... n thanks sebab ambil sedikit masa korang utk baca entri mas kali ni ..
like like like

5 comments:

  1. tak lama lg kita akan mnyambut Maulidur Rasul...info yg berguna..:)

    ReplyDelete
  2. kak mia tag yaaa

    http://www.mialiana.com/2012/01/giveaway-by-nouveau-closet.html

    ReplyDelete
  3. so interesting...
    bagus sekali..^_^

    ReplyDelete
  4. salam maulidul rasul
    Maula Ya Solliwasallim Daiman Abada

    ReplyDelete

rajin2 la komen yer ...